Program Akademi Fantasia kembali lagi. Bagi yang berminat nak sertai boleh hadir uji bakat. Manalah tahu kali ini giliran anda pula yang ...

7:45 PM by Unknown
Program Akademi Fantasia kembali lagi. Bagi yang berminat nak sertai boleh hadir uji bakat.

Manalah tahu kali ini giliran anda pula yang menonjol dan berjaya jadi artis rakaman.


Bagi Anda yang berminat bolehlah datang keuji bakat di 

The Light Hotel, Pulau Pinang - Pada 2 dan 3 Mei 

1Borneo, Kota Kinabalu - Pada 9 dan 10 Mei

Berjaya Waterfront, Johor Bahru - 23 dan 24 Mei 

Kompleks Sukan Negara, Kuala Lumpur - Pada 30 dan 31 Mei ( destinasi akhir)



Bukan sekadar datang uji bakat pada tarikh yang dinyatakan, tapi mereka boleh juga hantar video nyanyian sebagai penyertaan.

Mereka boleh hantar video ke laman Instagram dengan #bakataf2015 atau #hotlinkaf2015. Untuk maklumat boleh layari www.hotlink.com.my/af2015.

Antara lagu wajib yang disenaraikan ialah Matahari, Mewangi, Pencuri, Sedetik Lebih, Harus Terpisah untuk lelaki.

Lagu penyanyi wanita pula Gilalah, Di Pintu Syurga, Sesal Separuh Nyawa, Ya Maulai, Madah Berhelah, Rindu dan beberapa lagi.

Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata mereka kembali meneruskan AF kerana sambutan luar biasa tahun lalu.

“Kejayaan musim lalu jelas membuktikan AF masih relevan dan diminati sehingga hari ini,” kata Azlin.

Pada sidang media di Avanue K, Kuala Lumpur hari ini, Datin Marlia Musa, Edrie Hashim, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan Cikgu Shahrol diumumkan sebagai juri yang akan memilih peserta dalam uji bakat nanti.

Kesemua mereka ada pengalaman bersama AF musim musim yang lalu. AF mendapat tajaan Hotlink dan ERA Fm selaku radio rasmi.

 oleh Rosli Manah  | ManggaOnline