Kini anda boleh menonton TV di mana jua anda berada.
HyppTV bekerjasama dengan Digi membangunkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna menonton di mana jua.
App HyppTV Everywhere untuk pelanggan Digi itu membolehkan mereka menonton saluran terpilih menerusi perkhidmatan prabayar dan tetap.
HyppTV menawarkan lima pakej iaitu hiburan, sensasi, kanak-kanak, sukan dan Dragon.
Naib Presiden Eksekutif Media Baru TM, Jeremy Kuang berkata dalam sidang media semalam mereka teruja dapat melaksanakan kerjasama dengan Digi dan kerjasama ini membolehkan mereka menjadi pendahulu dalam perkhidmatan IPTV di Malaysia.
CEO Digi, Christian Thrane juga teruja dalam memberi nilai tambah kepada pengguna mereka. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan 31% pengguna Internet mereka dan pelanggan mencecah angka 11 juta.
Digi juga menawarkan tontonan percuma kepada pelanggan sedia ada sehingga 30 Jun ini.
Pengguna baru juga ditawarkan tontonan percuma sebagai percubaan selama seminggu.
Sempena pelancaran di Paradigm Mall itu, diamjurkan pertemuan pelakin BIB dengan peminat. BIB ialah drama khas di HyppTV lakonan Shah Iskandar, Reza Hasbi dan ramai lagi
Oleh Rosli Manah | Foto: Shahril Azman Zain | ManggaOnline


