SEREMBAN – Seorang lelaki yang didakwa melakukan perlakuan tidak senonoh di dalam kereta di tempat awam sehingga diperhatikan seorang pel...

7:25 PM by Unknown

SEREMBAN – Seorang lelaki yang didakwa melakukan perlakuan tidak senonoh di dalam kereta di tempat awam sehingga diperhatikan seorang pelajar perempuan tingkatan lima minggu lalu, sudah ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 56 tahun yang bekerja di kedai nasi ayam itu, ditahan di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.

“Polis dapat mengesan lelaki itu berdasarkan nombor pendaftaran kenderaannya yang sempat diambil oleh pelajar yang menyaksikan perbuatannya itu sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan, lelaki itu mengaku berada di tepi jalan berhampiran stesen minyak seperti dilaporkan pengadu atas alasan dia menghidap kencing manis,” katanya.

Menurutnya, penahanan lelaki itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berperlakuan tidak sopan di tempat awam dan direman dua hari,” katanya.

Mohamad Zaki berkata, keprihatinan pelajar berkenaan yang mencatat nombor pendaftaran kereta lelaki itu dan membuat laporan, membantu polis mengambil tindakan untuk siasatan.

“Tidak sepatutnya perlakuan tidak sopan seperti itu dibuat di tempat awam yang boleh mengganggu pandangan jika dilihat oleh masyarakat. Namun setakat ini laporan polis bagi kes seperti itu jarang diterima,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, terkejut selepas menyaksikan perlakuan tidak senonoh seorang lelaki di dalam kereta ketika mangsa sedang menunggu ibunya menjemput pulang dari sekolah, kira-kira jam 3.30 petang, Rabu minggu lalu.

Kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak tidak jauh dari situ.

Mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu bersendirian namun dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta jenis Proton Iswara yang berhenti secara tiba-tiba di tepinya.

Namun apa yang mengejutkan remaja berkenaan apabila dia melihat lelaki itu membuka zip seluarnya secara tiba-tiba lalu memegang kemaluannya.

Disebabkan rasa bimbang dan takut dia kemudiannya beredar dari situ dan menunggu di tempat lain sebelum memaklumkan kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Campbell.

| Sinar Harian Online |