Go Shop di saluran 118 Astro TV: Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop Datuk Rozalila Abdul Rahman (empat, kiri) dan Rohana (tengah) ketika p...

7:29 PM by Unknown


Go Shop di saluran 118 Astro TV: Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop Datuk Rozalila Abdul Rahman (empat, kiri) dan Rohana (tengah) ketika pelancaran GO Shop di Kuala Lumpur, semalam.

ASTRO Malaysia Holdings Bhd (Astro) menjangka dapat menjana perolehan RM500 juta setahun dalam tempoh lima tahun melalui perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu Go Shop di saluran 118 Astro TV.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Datuk Rohana Rozhan berkata, Go Shop diperkenalkan sejak November tahun lalu dan sehingga kini telah menjual lebih 118,000 barangan daripada 60 produk.

“Sehingga kini, Go Shop mempunyai 72,000 pelanggan dengan penambahan 800 pengguna baharu setiap hari.

“Ia juga dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta pelanggan Astro sedia ada dan 17 juta pengguna,” katanya selepas pelancaran Astro Go Shop versi laman sesawang di Kuala Lumpur, semalam.

Go Shop adalah perkhidmatan membeli-belah 24 jam baharu Astro yang menawarkan produk aksesori, perkakasan rumah, peralatan dapur dan kosmetik, dengan kerjasama syarikat peruncit multimedia terkemuka Korea, GS Home Shopping Inc.

Menurutnya, menerusi kerjasama itu Astro memiliki Go Shop sebanyak 60 peratus dan 40 peratus milik GS Home Shopping Inc dengan nilai pelaburan RM70 juta.

Sementara itu, mengulas berhubung pertumbuhan Astro tahun ini, Rohana berkata, Astro menyasarkan mencapai penembusan isu rumah berbanding 60 peratus setakat ini.

| Sinar Harian Online |