Baru-baru ini, sekeping foto menjadi viral apabila memaparkan sebuah kenderaan yang menggabungkan nombor plat bertujuan untuk mengingatka...

3:51 PM by Unknown

Baru-baru ini, sekeping foto menjadi viral apabila memaparkan sebuah kenderaan yang menggabungkan nombor plat bertujuan untuk mengingatkan kewajipan solat! Mulia sungguh tindakan si pemiliknya!

Si pemilik merapatkan kedudukan huruf ABA dan nombor 15, sekaligus ia dapat dieja dan disebut ‘ABAI 5′.

Kemudian, si pemilik menambah perkataan ‘JANGAN’ dan ‘WAKTU’ di pangkal hadapan dan belakang nombor plat kenderaannya supaya ia membawa makna ‘JANGAN ABAI 5 WAKTU‘.

Sebagai seorang Islam, semua sedia maklum bahawa solat merupakan tiang agama dan wajib ditunaikan sebanyak lima kali pada lima waktu berbeza, iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.

Dari sisi Islam, tindakan tersebut sekaligus memberikan ganjaran pahala kepada empunya kereta, kerana mengingatkan individu lain untuk menunaikan kewajipan solat.

Namun, tidak dapat dipastikan, adakah no plat berkenaan sah disisi peraturan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

MYNEWSHUB