Samsung Malaysia Electronics terus merancakkan persaingan dunia peranti mudah alih dengan memperkenalkan tablet GALAXY Tab3 V baru, untuk pa...

10:54 AM by Unknown
Samsung Malaysia Electronics terus merancakkan persaingan dunia peranti mudah alih dengan memperkenalkan tablet GALAXY Tab3 V baru, untuk pasaran Malaysia.

Tablet ini menggabungkan pengalaman intuitif tablet siri GALAXY Tab3 dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan, disediakan untuk pengguna tablet pertama kali pada harga yang berpatutan.

GALAXY Tab3 V dilengkapi dengan sambungan 3G supaya pengguna boleh kekal berhubung dengan lancar.

Ini bukan sahaja memberikan pengguna kemudahan untuk tetap berhubung dengan rangkaian sosial, tetapi juga membolehkan perkongsian tablet untuk kegunaan keluarga.

Meskipun harganya dalam lingkungan peranti kelas rendah, GALAXY Tab3 V menawarkan pengguna tablet berprestasi sederhana dengan kualiti yang lazimnya dibekalkan kepada peranti dalam siri GALAXY lain daripada Samsung.

Memiliki skrin 7 inci dengan paparan WSVGA (1024x600p), pengguna boleh mendapat pengalaman tontonan yang ideal sama ada ketika melayari internet, menonton video, bermain permainan atau membaca buku dalam talian.

Selain itu, tablet ini memberikan prestasi yang lancar dan optimum dengan keupayaan tugasan yang fleksibel bersandarkan kepada penggunaan pemproses 1.3GHz empat teras (Quad Core).

Di samping itu, GALAXY Tab3 V menawarkan kamera hadapan 2 megapiksel dan 2 megapiksel di belakang, membolehkan pengguna untuk merakamkan momen indah sepanjang masa.

Sementara itu, dengan sambungan 3G pengguna boleh membuat panggilan video dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa!

Dalam pada itu, tablet ini menggunakan sistem operasi (OS) Android KitKat 4.4 serta dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,600 mAh.

Samsung GALAXY Tab3 V boleh didapatkan pada harga runcit yang disyorkan RM499 di pengedar Samsung yang sah.

BY: SYAFIQ BAKRI