Tiada lagi cerita duka dan air mata sebaliknya digantikan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir selepas kumpulan Zero menjuarai Ma...

1:27 PM by Unknown

Tiada lagi cerita duka dan air mata sebaliknya digantikan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir selepas kumpulan Zero menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM)2014.

Itu bukan bererti Zero sudah mula lupa diri namun mereka amat mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah.

Malah, kumpulan tiga beradik yang dianggotai Sharif Kadir Doli Sharif, 21, atau Sharif, Mohd Syaiful, 23, (Syaiful) dan Sharid Kunal, 19, (Atu) itu juga dinamakan ‘Zero’ supaya selamanya menjadi ingatan kepada mereka yang bermula daripada kosong serta tidak punya apa-apa.

“Kami bermula dalam arena seni tanpa memiliki apa pun. Kami hanya ada minat dan secebis semangat yang ditiupkan ibu, adik-beradik, rakan karib dan orang kampung kami di Kudat, Sabah.

“Kami orang susah di mana arwah bapa dulu hanya bekerja di kilang ikan. Kami bertiga buat kerja apa saja asalkan halal untuk membantu keluarga,” kata Sharif mewakili Zero.

| HMetro |