BEIJING - CHINA. Seorang lelaki yang menyaman kerajaan selepas diserang beruang panda liar menang RM308,000 sebagai pampasan, hari ini. Me...

11:45 PM by Unknown
BEIJING - CHINA. Seorang lelaki yang menyaman kerajaan selepas diserang beruang panda liar menang RM308,000 sebagai pampasan, hari ini.

Menurut Channel News Asia, dalam kejadian Mac 2014 berkenaan, panda liar tersebut masuk ke kampung Liziba dan pihak berkuasa tempatan cuba menangkap haiwan berkenaan.

Panda tersebut kemudian lari ke kawasan yang kepunyaan penduduk, Guan Quanzi.

"Saya nampak seekor panda melompat ke arah saya dan badannya berlumuran lumpur," kata Quanzi kepada media tempatan.

Haiwan berkenaan dilaporkan menggigit Quanzi di bahagian kaki dan hanya melepaskan gigitan berkenaan selepas seorang lagi penduduk menutup kepala haiwan berkenaan.

Quanzi menjalani pembedahan selama tujuh jam akibat kejadian tersebut.

Anak Quanzi kemudian menyaman jabatan perhutanan tempatan dan Baishuijiang National Nature Reserve yang menjadi tempat tinggal lebih 100 panda liar.

Peguam Quanzi, Wang Chaohui memberitahu anak guamnya diberi pampasan RM308,000 hasil daripada rundingan dengan pihak yang berkenaan.- SinarHarian