ADA teman yang membisikkan ke telinga Miss J yang kini Zara Zya sudah tak seperti dulu. Kalau dulu sangat mesra dan mudah didekati. Sebab i...

12:33 PM by Unknown
ADA teman yang membisikkan ke telinga Miss J yang kini Zara Zya sudah tak seperti dulu. Kalau dulu sangat mesra dan mudah didekati. Sebab itu Zara disayangi peminatnya.

Tapi itu sewaktu nama Zara kurang popular. Sekarang ini selepas diangkat sebagai antara pelakon wanita popular tanah air, dia sudah berubah.

Lebih mengecewakan apabila Zara dikatakan bertindak kejam kerana ‘membuang’ terus kelab peminatnya, Love Zara Zya FC yang menjadi tulang belakangnya selama ini.

Walhal kelab itu yang bertanggungjawab mengundi Zara setiap kali namanya dicalonkan dalam anugerah popular tanah air.
Khabarnya Zara kini sudahpun menubuhkan kelab peminat yang baharu, Zara Zya Loverz baru-baru ini bagi menggantikan kelab peminatnya yang lama.

Yang menjadi tanda tanya adalah apabila Zara tidak memberi alasan yang kukuh kepada pengurusan kelab peminat yang lama untuk pembubaran kelab berkenaan.

Malah Zara dikatakan langsung tidak membenarkan pengurusan lamanya iaitu Love Zara Zya FC untuk menyertai kelab peminatnya yang baharu? Betul ke?

Miss J macam susah nak percaya dengan cerita ini kerana Zara yang dikenali memang seorang yang sangat bertimbang rasa.

Takkanlah dia sanggup melakukan perkara yang tidak rasional seperti itu. Zara pasti ada pertimbangan tersendiri sebelum membuat sebarang keputusan.

Lagipun isu membabitkan Zara ini hanya kecil saja. Hanya membabitkan kelab peminat. Artis dulu tak payah ada kelab peminat pun masih boleh bertahan sampai ke hari ini.

Satu lagi, penubuhan sesebuah kelab peminat itu juga bukannya boleh memberi jaminan yang artis kesayangan mereka itu terus selamat dalam industri.

Kadangkala artis juga ‘sangap’ sebab tak ada tawaran kerja. Hah, kalau dalam keadaan macam, kelab peminat boleh tolongkah?

- Lagi info di Utusan Online