Video seorang pemilik kereta mewah parking di petak khas bagi golongan OKU tersebar dan dikecam netizen yang menganggap lelaki itu bongkak ...

10:42 AM by Unknown
Video seorang pemilik kereta mewah parking di petak khas bagi golongan OKU tersebar dan dikecam netizen yang menganggap lelaki itu bongkak dan tidak bertimbang rasa.

Pemilik kereta BMW berwarna putih bernombor pendaftaran W92J dirakam meletakkan keretanya di petak OKU selama 30 minit tanpa sebarang rasa bersalah.

Perakam video berkenaan yang dipercayai seorang OKU cuba menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu. Namun tegurannya itu dibalas dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Pengadu: "Abang, you tahu ini parking untuk OKU punya kan?"

Pemilik BMW: "Yelah, saya parking depan kedai saja ma.."

Pengadu: "Setengah jam dah, you tahu itu tak betul kan?"

Pemilik BMW: "Sekarang you takde hal kan? Ada masalah?" 

"Pengadu: "Saya ada masalah!"

Pemilik BMW: "You ada masalah, you reportlah."

Pengadu: "Saya akan! Saya akan! Saya siap rakam gambar semua dah," 

Pemilik BMW: "You mau complaint, you complaint, jangan banyak cakap tau aa.."

"Pengadu: "Kenapa? Saya tak boleh cakap ka? Bang! You takut saya cakap?"

Pemilik BMW itu beredar meninggalkan lelaki terbabit tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sudahlah si perakam OKU, tidak diendahkan pula teguran yang dibuat. 

Jika beginilah perangai masyarakat kita, tiada gunanya negara maju tetapi mentaliti masih di tahap longkang.

My Media Hub /thehypemedia.com