Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya m...

9:21 PM by Unknown

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Negeri Sembilan.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut.
“Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi Milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik. Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran,” katanya.
Terkini, Milo Malaysia mengeluarkan satu gambar untuk membantu pengguna membezakan pek produk Milo yang asli dengan yang tiruan. Gambar yang dikongsi melalui akaun rasmi Milo Malaysia dan turut dikongsi di akaun Facebook Nestle menampilkan dua bungkusan Milo.
“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” kata syarikat itu.
Sinar Harian & Astro Awani