Semasa drama Love  You Mr. Arrogant meletup dua tahun lalu, nama pelakon Zara Zya hangat diperkatakan. Dia juga tiba-tiba raih populariti m...

11:36 AM by Unknown
Semasa drama Love  You Mr. Arrogant meletup dua tahun lalu, nama pelakon Zara Zya hangat diperkatakan. Dia juga tiba-tiba raih populariti memuncak dan pernah menang anugerah.

Akhir-akhir ini macam senyap pula Zara ni. Dah suam-suam kuku atau merudum kah popularitinya? Sementelah banyak nama baru mulai naik sekarang ini antaranya Ayda Jebat, Atikah Suhaimi  dan beberapa nama lagi.

ABPBHZara menolak tanggapan itu sebaliknya menjelaskan dia kini sedang sibuk di lokasi dan drama lakonannya bakal ditayangkan bulan depan. Dia masih lebat tawaran dan sibuk seperti dulu juga.

“April ini ada drama maya lakonan saya iaitu Dan Calonnya Adalah di Tonton. Mungkin ada yang ingat saya merudum sebab tak nampak kelibat saya di kaca TV, tapi hakikatnya saya sedang sibuk berlakon tahun ini,” jelas Zara.

Dia harap tanggapan itu akan lenyap bila beberapa drama lakonannya khususnya drama bersiri ditayangkan bulan depan dan bulan-bulan selanjutnya.

Dia juga tak anggap pelakon baru yang muncul sebagai saingan sebaliknya berasa senang melihat ada artis baru yang semakin diterima oleh peminat.

“Saya pernah lalui zaman seperti itu sebelum ini,” kata Zara.

Ditulis oleh Cik Tina (Mangga Online)