Datuk Siti Nurhaliza dan menginjak usia 36 tahun tahun ini. Pada usia sebegitu dia akui semakin rasa kesan penuaan khususnya berkaitan ener...

12:12 PM by Unknown
Datuk Siti Nurhaliza dan menginjak usia 36 tahun tahun ini. Pada usia sebegitu dia akui semakin rasa kesan penuaan khususnya berkaitan energi.

Segalanya dah tak macam dulu lagi, sebab itulah dia semakin mesra dengan produk pemakanan tambahan dan vitamin untuk kesihatan dan kecergasan. Banyak vitamin yang jadi amalannya hari ini.

“Selain itu saya juga ada amalkan pengambilan makanan berasaskan al-Quran, kerana saya pasti kalau sesejenis makanan itu menjadi makanan kegemaran Rasulullah s.a.w semestinya ada kebaikan yang kita tak tahu.

“Sebenarnya kecenderungan saya sendiri dalam pemakanan kesihatan memberikan idea untuk mengeluarkan produk sedemikian di atas jenama Simplysiti pada masa akan datang,” kata Siti.

Dia harap apa yang dihajati itu akan terlaksana suatu hari nanti. Dia percaya kalau dia sendiri sebagai seorang wanita berasa keperluan pengambilan pemakanan kesihatan, semestinya ramai wanita di luar sana yang juga berfikiran serupa.

Ditanya pasal mengeluarkan tudung jenama sendiri, Siti tidak menunjukkan minat dan belum lagi memikirkan pasal perkara itu.

Sebelum ini dia ada kekerjasama dengan beberapa jenama mengeluarkan tudung dan fesyen atas namanya khususnya pakaian ready to wear sempena musim perayaan.

Ditulis oleh Rosli Manah - Mangga Online