“Isu ini sudah pun beberapa kali dibangkitkan kepada Kementerian Pendidikan, namun ia masih tidak diselesaikan. Paling menyedihkan adalah s...

7:00 PM by Unknown
“Isu ini sudah pun beberapa kali dibangkitkan kepada Kementerian Pendidikan, namun ia masih tidak diselesaikan. Paling menyedihkan adalah sekolah terbabit yang perlu menerima mereka.

“Lebih memburukkan keadaan, sesetengah guru ini tidak boleh mengajar mata pelajaran lain, menyebabkan sekolah tiada pilihan selain menugaskan mereka untuk mengajar mata pelajaran elektif dan tambahan,” Jisin dipetik berkata.

Menurut tajuk berita utama sebuah akhbar, sekolah yang menunjukkan prestasi paling tidak memuaskan adalah di Malaysia Timur.

Boleh jadi fenomena lambakan guru ini adalah punca di sebaliknya?

Kalau pun ia bukanlah sebab utama, Jisin yakin ia adalah faktor penyumbang, selain standard dunia ketiga dan kemudahan pengajaran di sekolah itu.

“Apa yang kelakar adalah, jika mereka tidak memiliki guru yang menepati keperluan Jabatan Pendidikan Negeri mengapa terus menghantar “guru yang salah” ke sini?”

Pada masa sama, tekannya lagi, warga tempatan yang memiliki ijazah pendidikan dari institusi swasta masih lagi mencari kerja, sama ada sebagai guru atau pensyarah, yang layak untuk diserap masuk sebagai tenaga pengajar.

Beliau berkata lagi, ketika menjalani praktikal di sekolah, ramai graduan itu yang didapati “sangat bagus, komited dan bersemangat untuk mengajar”.

“Maka, jika kita tidak manfaatkan graduan-graduan ini, ia adalah satu kerugian sumber manusia.

“Selaku warga Sarawak, saya benar-benar simpati terhadap mereka kerana ijazah berharaga yang mereka miliki tidak pun dipedulikan Kementerian Pendidikan. Jika saya adalah bapa mereka, saya juga akan merasa amat kecewa.

“Melihat syarat yang digariskan dalam permohonan atas talian untuk memasuki institusi perguruan dan universiti, saya yakin ramai anak-anak kita yang memenuhi kriteria.”

STU yang memiliki ribuan ahli serata negeri memang tepat ketika menilai dan menganalisis isu dan masalah berkaitan guru dan kerjaya perguruan.

STU tidak menunjukkan kecondongan politik dalam matlamat dan tindakannya, dan mendapat penghormatan sektor awam dan swasta, serta politikus di kedua-dua pihak.

Dakwaan lambakan guru oleh Jisin adalah salah satu daripada senarai panjang isu yang diperjuangkan STU, dengan harapan dapat membawa perubahan positif kepada sekolah dan suasana pendidikan di negeri itu.

Jika Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bertegas yang pekerjaan tidak mengikut kelayakan tidak boleh berlaku lagi jika Sarawak ingin merealisasikan sasaran pengindustriannya, Jisin melihat hal yang sama berlaku dalam sektor pendidikan di sana.

“Ini (pekerjaan mengikut kelayakan) amat penting kerana mereka yang dilatih dalam sesuatu bidang sahaja tahu tentang bidang tersebut.

“Jika kita tidak menepati apa yang diperlukan, jangan harap Sarawak akan makmur. Inilah yang sedang berlaku dalam perguruan sekarang.”