Pelakon Zain Saidin memberitahu tujuan utama dia menjadi duta ubat seks adalah untuk melihat kebahagiaan pasangan suami-isteri yang mungkin ...

7:34 PM by Unknown
Pelakon Zain Saidin memberitahu tujuan utama dia menjadi duta ubat seks adalah untuk melihat kebahagiaan pasangan suami-isteri yang mungkin mempunyai masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan batin.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 31, berkata, dia juga berharap dengan adanya produk tersebut ia dapat membantu mengurangkan kadar perceraian yang berpunca daripada masalah berkenaan.

"Saya tidak rasa jadi duta produk ini sesuatu yang memalukan kerana realitinya masalah dingin hubungan kelamin sememangnya berlaku yang mana ada pasangan mempunyai masalah terhadap kesihatan batin mereka.

"Pada saya ia bertujuan baik untuk menyelamatkan rumah tangga seseorang seterusnya ia mungkin dapat mengurangkan kadar perceraian di negara ini," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Zain berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya bagi mempromosikan produk ubat tenaga batin Pesona Rugosa.

Tambahnya, sebagai seorang lelaki dia turut mengakui bahawa kesihatan batin adalah perkara yang perlu diambil berat dalam melayari hubungan rumah tangga.

"Saya anggap tawaran untuk saya menjadi juru cakap produk ini adalah rezeki selepas kahwin dan rezeki anak saya. Jadi saya ambil sahaja peluang itu kerana ia bukan sesuatu yang salah.

"Tentang promosi pula pengurusan saya yang uruskannya," ujar Zain.

- mStar





Gambar yang dimuat naik Zain di Instagram miliknya bagi mempromosikan produk tersebut.