Update! 7/4/2015 - KUALA LUMPUR 6 April – Polis masih tidak dapat mengesahkan identiti penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya telah mengambil keterangan seorang individu yang dipercayai adik tiri kepada mangsa.
“Individu tersebut tampil membuat pengecaman mayat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11 pagi ini dan kita masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pihak hospital.
“Setakat ini, kita hanya boleh mengesahkan identiti mangsa keenam dipercayai adalah seorang wanita dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang kelmarin, enam individu termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias terbunuh apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang mereka naiki terhempas dan terbakar.
Selain Baizieva, tiga lagi mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan seorang anggota polis yang juga pengawal peribadi Jamaludin iaitu Koperal Razkan Seran.
Bagaimanapun, status Baizieva masih lagi menjadi misteri berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di HKL mendapati seorang wanita dipercayai waris kepada Baizieva kelihatan berada di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) bagi proses pengecaman mayat.
Bagaimanapun, jurucakap HKL berkata, pihaknya masih mengklasifikasikan mayat tersebut sebagai ‘unknown’ dan masih menunggu siasatan daripada pihak polis.
Tambah jurucakap itu, status juruterbang helikopter telah disahkan warganegara Amerika Syarikat (AS) oleh kedutaan negara berkenaan.
“Tuntutan mayat juruterbang tersebut adalah urusan pihak kedutaan dan kami belum dimaklumkan bila tuntutan itu akan dibuat,” jelasnya lagi.
Sementara itu, sumber Kedutaan Krygstan ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan seorang waris hadir bagi membantu proses pengecaman mayat penumpang wanita dalam nahas itu.
“Berdasarkan rekod, wanita itu berada di Malaysia kira-kira satu tahun dan masih belum berkahwin,” katanya. - Utusan Online
*******************************************************************************
6/4/2015 - Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.
Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang, dikenali sebagai Aidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media sosial sebagai Aidana.
Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.
Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian beliau adalah Aidana.
“Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengistiharkan’ saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang Clifford William Fournier dalam helikopter,” kata Dzuriasikim seperti yang dilaporkan NST Online.
Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Impian, Batu 13 juga petang Ahad.
Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung halamannya, Tuaran.
Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.
Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.
Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.
Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva?

Update! Misteri Siapa Sebenarnya Aidana Baizieva Akhirnya Terungkai
Wakil dari kedutaan Kyrgyzstan dipercayai adik kandung kepada Aidana Baizieva mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 datang untuk menuntut mayat kakaknya. Difahamkan adik mangsa bersama seorang lelaki telah pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara (HKL) untuk mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat.
Mayat Baizieva yang masih dalam jagaan pihak Forensik HKL merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu. Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.
Dengan kehadiran seorang gadis dipercayai adik kepada Aidana Baizieva di Hospital Kuala Lumpur pada 6 April 2015, akhirnya misteri mengenai identiti Aidana Baizieva satu-satunya penumpang wanita dalam nahas helikopter terjawab.