Disebalik kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) baru-baru ini,rupanya ada juga artis yang menyatakan yang dia tida...

1:02 PM by Unknown
Disebalik kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) baru-baru ini,rupanya ada juga artis yang menyatakan yang dia tidak redha dengan keptusan yang dibuat oleh peminat.

Biarpun kemenangan tidak memihak kepadanya kali ini, pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 30, tidak berasa kecewa.

Cuma, sejujurnya dia berharap keputusan dibuat peminat itu benar-benar berdasarkan bakat.

"Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela jika kalah dengan Amar Baharin.

"Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit," katanya ketika ditemui pada acara pasca parti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014), baru-baru ini.

Pada malam tersebut, Shah Iskandar berjaya mengekalkan gelaran sebagai Pelakon Lelaki TV Paling Popular yang pertama kali diraihnya pada tahun lalu.

Kemenangan itu sekaligus menewaskan Sharnaaz, Amar, Adi Putra dan Aaron Aziz yang turut bersaing dalam kategori tersebut.

Dalam pada itu akui pelakon drama bersiri, Suamiku Encik Sotong ini, dia sedar dirinya bukanlah seorang pelakon yang mudah memenangi anugerah.

Namun, ia tidak mematahkan semangat untuk terus membina kerjaya dalam dunia lakonan.

"Sejak hari petama dalam industri saya tahu yang saya bukan membawa diri saya sebagai seorang pelakon anugerah.

"Saya anti anugerah. Maksudnya, saya memang susah hendak menang satu-satu anugerah. Itu sesuatu yang sangat sukar untuk diri saya tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya," ujarnya.

Tambahnya, dia tahu peminat setianya berasa kecewa tetapi dia tetap menghargai setiap usaha mereka yang tidak putus-putus mengundinya dan memberi sokongan.

Bagaimanapun, menerusi kategori online, dia dipilih sebagai Artis Paling Kontroversi.

"Sewaktu dapat tahu yang saya menang kategori paling kontroversi, saya terkejut sebab selalunya kategori ini perempuan yang biasa menang.

"Tapi saya gembira dengan trofi yang diberikan walaupun saya tahu gelaran paling kontroversi itu sebenarnya tidak bagus untuk reputasi saya apatahlagi jika artis itu menggalas tanggunjawab sebagai duta apa-apa produk.

"Namun, saya tahu yang diri saya ni memang susah hendak dapat peluang jadi duta.

"Sebab itu, saya lantik diri sendiri menjadi duta untuk produk kesihatan saya," katanya yang kini sibuk mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan Turbolicious dibawah label syarikat Sciencetech Industries.

- malaysiandigest