Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza melengkapkan dua dekad penampilannya dalam dunia seni hiburan tanah air dengan melancarkan al...

7:14 AM by Unknown
Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza melengkapkan dua dekad penampilannya dalam dunia seni hiburan tanah air dengan melancarkan album terbaharunya berjudul ‘Unplugged’.

Istimewanya album terbaharu Siti Nurhaliza itu akan dicetak dalam bentuk piring hitam buat pertama kalinya, dan dijangka berada di pasaran selepas Hari Raya Aidilfitri, menurut kenyataan media yang diedarkan pada majlis pelancaran album tersebut oleh beliau, semalam.

Album terbaharu itu memuatkan 18 trek, termasuk tiga buah lagu baharu iaitu 'Mikraj Cinta', 'Engkau' dan 'Menatap Dalam Mimpi' serta 20 buah lagu daripada konsert Unplugged beliau yang diadakan pada April lepas, yang diadun semula menjadi medley.

Selain itu, dimuatkan lagu-lagu hits beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik tanah air selama dua dekad.

Album baharunya dalam bentuk cakera padat telah mula dipasarkan sejak semalam, dengan sebanyak 5,000 unit telah dijual, dan peminat juga boleh muat turun melalui laman iTunes dan di semua platform digital lain seperti Spotify, Deezer dan KKBox.

Album itu dihasilkan dengan kerjasama Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd. – BERNAMA 

Oleh: EDITORIAL MH 2/7/2015