Seorang lelaki Filipina, Herbert Chavez, 37,  telah menjalankan 23 pembedahan plastik dengan kos lebih £4,400 untuk memastikan wajahnya sam...

7:10 AM by Unknown
Seorang lelaki Filipina, Herbert Chavez, 37,  telah menjalankan 23 pembedahan plastik dengan kos lebih £4,400 untuk memastikan wajahnya sama seperti watak adiwira  kesayangannya, Superman.

Herbert melakukan pelbagai pembedahan untuk mengubah hidung, memutihkan kulitnya, rahangnya sejak berumur 18 tahun.

"Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukan dan semua yang telah berlaku dalam hidup saya ini adalah positif dan kerana Superman.," kata Herbert.

Herbert berkata, apa yang dilakukan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak di Filipina bahawa Superman wujud dan ingin memberi inspirasi dan harapan kepada mereka.

Walaupun, wajahnya sudah persis watak hero Superman, Clark Kent , Herbert  masih belum berpuas hati dengan hasil yang diperolehnya, malah ingin melakukan pembedahan lagi untuk membentuk otat badannya.

"Saya hanya akan berhenti untuk melakukan pembedahan apabila badan saya tidak lagi mampu bertahan kerana faktor usia," katanya dipetik Mirror.uk

Sementara itu, menurut doktor yang merawatnya, lelaki itu tidak boleh melakukan pembedahan kerana badanya telah disuntik suntikan berbahaya yang boleh membahayakan nyawanya.

Herbert pernah tersenarai dalam Guinness Book of Records selama tiga tahun kerana memiliki koleksi memorabilia Superman terbesar di dunia yang merangkumi anak patung, poster dan barang kemas.

Oleh: EDITORIAL MH 2/7/2015