Alamak, ingatkan sudah selesai isu mengenai Azwan Ali atau si Diva AA ni. Yalah, semalam dah siap mohon maaf. Rupanya hari ini masih ada l...

11:15 PM by Unknown
Alamak, ingatkan sudah selesai isu mengenai Azwan Ali atau si Diva AA ni. Yalah, semalam dah siap mohon maaf. Rupanya hari ini masih ada lagi laporan mengenai keceluparan mulutnya.

Azwan Ali tak puas hati dengan laporan Astro Awani – Kenapa panas balik? Rupanya ia gara-gara portal berita onlineAstro Awani yang menggunakan perkataan GERTAKmenerusi laporan mereka berkenaan permohonan maaf Azwan Ali.

Dalam laporan itu, portal berita Astro Awani menyatakan Azwan Ali memohon maaf kerana ‘digertak’ oleh Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup selaku Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).


Sebelum ini, Rani Kulup menerusi laporan sebuah akhbar tempatan memberi tempoh seminggu kepada Azwan Ali untuk mohon maaf kerana dianggap terlalu lantang bagi seorang yang berpuasa pada bulan Ramadan.

“Azwan Ali perlu sedar diri dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu meminta maaf atas apa yang dia buat. “Ayah memberi tempoh seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk memohon maaf, ayah akan laporkan kepada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” kata Rani atau lebih dikenali dengan nama Ayah Arka.

Bengang dengan laporan berkenaan, Azwan Ali menerusi laman Facebook Page Azwan Ali Fans telah memuat naik status memaki portal berita online Astro Awani.





Dalam pada itu, Azwan Ali juga menjelaskan beliau memohon maaf bukan kerana digertak sebaliknya permohonan maaf berkenaan adalah kerana beliau mengalah demi Melayu [kerana telah hina Melayu sebelum ini].

- viraliyat