Georgetown : Kemaruk seorang lelaki "pendiam" mengumpul pakaian dalam wanita terbongkar setelah dia terkantoi ketika cuba mengamb...

12:01 AM by Unknown
Georgetown: Kemaruk seorang lelaki "pendiam" mengumpul pakaian dalam wanita terbongkar setelah dia terkantoi ketika cuba mengambil pakaian dalam milik penghuni di sebuah pangsapuri di Gelugor di sini.

Setelah terkantoi, beberapa orang penduduk mengekori lelaki itu ke pangsapuri dan terkejut apabila menemui enam kotak yang mengandungi pakaian dalam pelbagai saiz dan warna di dalam rumah lelaki itu seterusnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian dalam sejak tiga tahun lalu.

Memetik laporan myMetro, perbuatan jijik lelaki itu disedari oleh penduduk kira-kira jam 1 pagi.

Lelaki terbabit masih bujang dan tinggal di pangsapuri berkenaan seorang diri, malah maklumat yang diperoleh mendapati lelaki itu seorang pendiam, namun tidak pernah mengganggu penghuni lain.

Malah, jiran juga mendakwa lelaki itu lebih banyak berkurung dalam rumah dan penemuan ribuan pakaian dalam yang dicuri serta disorok dalam rumahnya memberikan kejutan kerana tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan itu,” katanya.

Selain itu, lelaki terbabit juga dikatakan mencuri kesemua pakaian dalam untuk memuaskan nafsu selain dikatakan dia mudah terangsang apabila melihat pakaian yang dijemur oleh penduduk pangsapuri ini.

Siasatan awal mendapati, dia kerap mencuri pakaian dalam wanita ketika awal pagi kerana penduduk tidur ketika itu.

Lelaki itu mengaku mencuri pakaian dalam penduduk pangsapuri itu secara purata sehelai sehari dan melakukan perbuatan itu hampir setiap hari sejak tiga tahun lalu,” katanya. -Siakapkeli.my