Sebagai seorang yang diberi kepercayaan menjaga hal ehwal tempat ibadah, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau mestilah menunjukkan sahsiah yang b...

11:51 PM by Unknown
Sebagai seorang yang diberi kepercayaan menjaga hal ehwal tempat ibadah, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau mestilah menunjukkan sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Pastinya perkataan role model biasa juga didengar oleh golongan ini.

Justeru, adalah tidak patut apabila seorang AJK Surau di Persint 11, Putrajaya dikatakan menampar dan menyepak seorang budak lelaki sewaktu orang ramai berbuka puasa di surau terbabit baru-baru ini memetik Mynewshub.

Menerusi status Facebook Memori Semalam, kejadian tersebut dikongsikan kepada umum.

Jom lihat ceritanya.


Mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan oleh budak lelaki terbabit namun mengapa sampai sebegitu kejamnya tindakan AJK tersebut?

Difahamkan, perbuatan itu mungkin ada hubungkait dengan rasa tidak puas hati AJK berkenaan dengan ibu atau bapa kanak-kanak itu.

Andai benar, sungguh malang kanak-kanak itu dijadikan mangsa untuk melepaskan kemarahan.

Cadangan kami agar lantik sahaja AJK baru di surau terbabit kerana orang sebegini memang susah hendak dikikis sifat barannya.

Apa-apa pun, bulan yang mulia ini janganlah disia-siakan dengan hal seperti ini, seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga namun mungkin sekelip mata sahaja boleh hilang keberkatannya.

- viraliyat.net