Google pada setiap pengenalan peranti Nexus, akan memilih salah satu pengeluar, dan bekerjasama dengan mereka untuk hadir dengan telefon a...

2:16 PM by Unknown
Google pada setiap pengenalan peranti Nexus, akan memilih salah satu pengeluar, dan bekerjasama dengan mereka untuk hadir dengan telefon atau tablet. Untuk tahun ini, pelbagai desas-desus mengatakan Google memilih Huawei dan LG untuk hadir dengan telefon pintar Nexus 2015.
Seperti semua sedia maklum, desas-desus dan pelbagai ura-ura berkaitan pengenalan telefon LG Nexus dan Huawei Nexus telah kedengaran sebelum ini.
LG Nexus dikatakan akan hadir dengan skrin 5.2-inci, sementara Huawei Nexus pula dijangka akan menyertakan skrin 5.7-inci.
Kedua-dua telefon pintar berasaskan Android M ini kelak bakal menggunakan rekaan logam untuknya, selain turut mengintegrasikan beberapa fungsi menarik.
Mengikut info tertiris yang baru, Huawei Nexus dan juga LG Nexus ini bakal menggunakan speaker hadapan – seperti pada peranti HTC sebelum ini, sekaligus menjadikan rekaan peranti sedikit panjang berbanding sebelum-sebelum ini.
Disamping itu, dengan sokongan pengimbas cap jari pada Android M, kedua-dua telefon keluaran LG dan Huawei dijangka akan mengintegrasikannya, selain turut menggunakan port pengecasan dan hubungan ke komputer berasaskan USB Type-C.
Buat masa ini, pihak Google masih tidak mengumumkan lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya. Mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan bersama-sama Android M sekitar bulan September atau Oktober tahun ini.
SUMBER RUJUKAN: TECHCRUNCH / melalui amanz.my