KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan sistem domain laman webnya (http://www.malaysiaairlines.com) telah digondam kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelanggan yang melayari sesawang url www.malaysiaairlines.com dibawah ke satu laman web yang mempunyai image pesawat Malaysia Airline. Paparan di laman web tersebut juga tertulis "404-Plane Not Found. Hack By Caliphate (Khalifah Siber). Follow Cyber Caliphate on Twitter.
Selepas itu laman web tersebut kembali sediakala namun pada jam lebihkurang 10.25 pagi, laman web tersebut digondam sekali lagi dimana paparan pada laman web Malaysia Airlines menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.
Tulisan pada bahagian ‘tab’ laman web MAS itu pula tertulis ‘ISIS will prevail’ atau IS akan kekal.
Bagaimanapun, MAS menyatakan laman webnya masih utuh dan memberi jaminan penempahan tiket serta maklumat pelanggan tidak terjejas dan masih selamat. MAS juga menyatakan pengendali perkhidmatan dan sistem dijangka akan kembali seperti biasa dalam tempoh 22 jam.
"Kita juga sudah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pengangkutan," menurut satu kenyataan media MAS yang dikeluarkan hari ini.
MAS turut memberi jaminan penempahan tiket serta maklumat pelanggan tidak terjejas dan masih selamat.
Sumber | SinarHarian | AstroAwani | Berita Harian |

3 Gambar Paparan Skrin Laman Web Malaysia Airlines di gondam pagi tadi - 26/1/2015