Berita baik buat peminat fanatik kumpulan band rock antarabangsa iaitu Avenged Sevenfold.
Band dari California, Amerika Syarikat itu akan bertandang ke Malaysia untuk membuat persembahan konsert secara live pada Sabtu ini.
Konsert tersebut akan berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon bermula pada pukul 9.00 malam.
Kehadiran mereka kali ini adalah sempena dengan siri jelajah Hail To The King yang juga merupakan judul album terbaru, A7X.
Jelajah mereka di Kuala Lumpur dibawakan khas oleh MR Event dengan kerjasama PR Worldwide.
Tiket mula dijual pada 3 November lalu dan boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau di seluruh cawangan ticketpro.
Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM208 dan RM298.
Pembelian boleh dibuat secara online menerusi laman sesawan http://www.ticketpro.com.my.
Avenged Sevenfold (sering juga ditulis A7X) adalah band muzik hard rock Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1999.
Band yang berasal dari Huntington Beach, California terdiri daripada ahli seperti M. Shadows, Synyster Gates, Zacky Vengeance, Johnny Christ, dan Arin Ilejay.
Band ini dikenali dengan genre Metalcore pada debut mereka iaitu Sounding the Seventh Trumpet.
Album keenam mereka, Hail to the King menjadi album nombor satu di banyak negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Brazil.
Sehingga hari ini ini, Avenged Sevenfold telah mengeluarkan enam album studio, satu album live, kompilasi, DVD dan lapan belas single yang mencatatkan jualan lebih dari 8 juta album mereka di seluruh dunia.
| Sumber |

