Cicakman 3 yang melakukan penggambarannya tahun lalu bakal menemui penonton di seluruh negara pada 12 Mac ini. Filem terbitan tiga syarika...

11:33 AM by Unknown
Cicakman 3 yang melakukan penggambarannya tahun lalu bakal menemui penonton di seluruh negara pada 12 Mac ini. Filem terbitan tiga syarikat gergasi iaitu KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw itu mengambil masa penggambaran 44 hari membabitkan pelakon seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Bell Ngasri, Rykarl Iskandar, Rashidi Ishak, Adam Corrie, Azizah Mahzan, Yus Jambu dan Sathiya

Cicakman 3 mengisahkan Man (Zizan) suami kepada Linda (Lisa) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Sikapnya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya semakin rumit dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga rakan sekolahnya cuba merampas Linda.

Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero.

Walau bagaimanapun, kehadiran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana munculnya hero baru iaitu Super-Bro (Yus Jambu).

Jom tengok di pawagam! 12 Mac ini.