Video ini mengisahkan seorang gadis China mendapat perhatian masyarakat dunia. Video menunjukkan ketabahan hidup seorang gadis yang kehilang...

1:03 PM by Unknown
Video ini mengisahkan seorang gadis China mendapat perhatian masyarakat dunia. Video menunjukkan ketabahan hidup seorang gadis yang kehilangan kedua-dua tangannya sejak berusia sembilan tahun itu, mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang menontonnya.


Yan Pei yang berasal dari Shanxi, Angang dipanggil untuk menjadi tetamu sebuah program televisyen China, bagi menunjukkan cara menyulam gambar yang menjadi punca rezekinya, selepas dia memutuskan untuk hidup berdikari dan meninggalkan keluarganya, sejak lima bulan lalu.

Dalam paparan video selama 13 minit 20 saat itu, penonton yang memenuhi studio bagi menyaksikan aksi gadis itu menyulam gambar dengan kaki, menangis apabila mendengar cerita mengenai kehilangan kedua-dua belah tangannya.

Jelasnya, dia terkena renjatan elektrik, selepas menarik kabel ketika mencari ibunya.

“Saya tidak tahu kabel itu ada arus elektrik yang mengalir. Saya terkena renjatannya dan rasa seperti seluruh anggota badan terbakar.

“Saya kemudiannya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya menggeletik di atas tanah sambil dipeluk ibu dan menangis tanpa henti,” katanya dalam nada hiba.

Gadis berusia 24 tahun itu menyimpan impian untuk membuka sebuah toko sulaman kecil, bagi menjual hasil sulamannya dan mendapatkan wang untuk membantu keluarganya di kampung.

Yan meninggalkan keluarganya di Angang, untuk berdikari di Shanghai dan membuktikan kekurangan pada dirinya itu bukan penghalang untuk menjadi seorang yang berjaya, seperti orang lain.

Di akhir video itu, Yan ditemukan dengan ibu dan adik-beradiknya yang ditinggalkan lima bulan lalu.
Seluruh hadirin yang berada dalam studio itu bertepuk tangan, dengan ada yang dilihat mengesat air mata, kerana sedih dan bersimpati dengan nasib remaja tersebut.

Video itu yang dimuat naik pada 27 November lalu, sudah ditonton lebih 299,137 orang dan dikongsikan lebih 20,629 kali, dengan lebih 5,670 orang menyukainya.