SYDNEY 26 Jan. - Korea Selatan melangkah ke final bola sepak Piala Asia buat kali pertama selepas 27 tahun selepas menundukkan juara 2007...

8:30 PM by Unknown

SYDNEY 26 Jan. - Korea Selatan melangkah ke final bola sepak Piala Asia buat kali pertama selepas 27 tahun selepas menundukkan juara 2007, Iraq dalam separuh akhir di sini, sebentar tadi.

Korea, juara dua kali membuka jaringan menerusi Lee Jeong-hyeop pada minit ke-20, sebelum pemain pertahanan, Kim Young-gwon melengkapkan kemenangan 2-0 pada minit ke-50.

Pasukan yang digelar Taeguk Warriors itu akan berdepan sama ada Australia atau Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bakal berentap dalam satu lagi saingan separuh akhir, esok.

- AGENSI