Ada pihak kemudiannya merakam gambar kain rentang tersebut dan berkongsikannya di laman sosial, Facebook hingga ia menjadi viral dan tersebar.
“Emmairaa Ariana Binti Ismail, Aku Cinta Padamu…. Cookies Vs Mirmo,” luah jejaka berani itu.
Sayangnya, kesungguhan jejaka itu meluahkan rasa cintanya menerima kecaman di media sosial. Rata-rata menyifatkan perbuatan itu sebagai kebudak-budakan, malah mengganggu kosentrasi para pemandu yang melalui kawasan tersebut.
Tidak kurang juga, ramai ingin tahu bagaimanakah reaksi Emmairaa Ariana selepas membaca luahan cinta yang digantung secara terang-terangan di tempat awam seumpama ini. Malu ataupun terharu?
Sumber: Mynewshub