Nama Hooters merujuk kepada dua perkara untuk syarikat: buah dada wanita dan burung hantu. Restoran yang didirikan pada tahun 1983 ini memang sudah terkenal sejak dulu lagi. selain menunya yang lazat, uniform para gadis-gadis Hooters yang berpakaian seksi antara penyebab restoran ini terus menjadi pilihan.
Restoran ini menghidangkan hidangan klasik Amerika yang terdiri daripada burger, stik, sandwhic, makanan laut dan pelbagai pembuka selera, malah terkenal dengan signature dish “Hooters buffalo-style chicken wings”. Menurut laman web restoran, rantaian itu kini mempunyai 430 cawangan di 28 buah negara. Hampir semua restoran Hooters mempunyai lesen minuman beralkohol.
| Sumber |