Baru-baru ini berlangsungnya sesi tayangan perdana filem Furious 7 yang berlangsung di majlis SXSW, Texas, Amerika Syarikat. Menariknya...

7:56 PM by Unknown
Baru-baru ini berlangsungnya sesi tayangan perdana filem Furious 7 yang berlangsung di majlis SXSW, Texas, Amerika Syarikat.

Menariknya, filem sequal daripada Fast Furious 6 dan yang ketujuh buat siri filem Fast & Furious itu menarik perhatian ramai penggemar filem aksi.

Semasa sesi tayangan perdana, peminat sudah beratur selama empat jam semata-mata tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem itu.

Penonton berkali-kali memberi tepukan semasa filem ini ditayangkan. Tepukan pertama ketika mendiang Paul Walker muncul di layar panggung ketika adegan mengambil anaknya dari sekolah.

Begitu juga dengan aksi kemuncak melibatkan perlumbaan kereta dengan latar belakang Abu Dhabi yang turut mendapat teriakan peminat.

Ketika sesi akhir usai tayangan tersebut, penerbit filem Furious 7, Neal Moritz sempat meluahkan rasa hatinya mengenai karya itu.

“Saya tahu, ketika kita sedang menonton filem ini, Paul akan tersenyum pada kita. Kami kehilangan teman yang baik, saudara dan rakan untuk membuat filem ini.

“Tetapi, saat kita membuat kata sepakat untuk meneruskan pembikinan filem ini, kita sudah 
putuskan untuk memberi penghormatan terakhir 
buat Paul menerusi Furious 7,” jelasnya.

Pau Walker yang memainkan watak Brian O’Conner dalam siri Fast And Furious meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013.

Universal Pictures juga telah menghentikan pengambaran sekali gus membuatkan peminat sedikit gusar dengan penghasilan filem itu.

Filem ini menurut portal dailymail diakhiri dengan penghargaan kepada Paul Walker yang membuatkan ramai peminat mengalirkan air mata. Malah, teraju utama filem ini, Vin Diesel dan Michelle Rodriguez juga dilihat mengalirkan air mata melihat aksi akhir Paul di layar filem.

Bintang pop antarabangsa, Britney Spears sudah lama menelan kepahitan saat putus cinta bersama dengan Dave Lucado.

Namun, kepahitan daripada perpisahan itu tidak menghalang Britney untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupannya.

Nyata, kehadiran Charlie Ebersol memberi sinar baharu dalam kehidupan Britney sehingga wanita itu menyatakan kesediaannya untuk menjadi isteri jejaka itu.

Biarpun baru berkenalan selama empat bulan, keyakinan Britney terhadap Charlie nyata menggunung .
Malah, Charlie sendiri turut menyatakan rasa hatinya untuk membawa hubungan percintaan mereka ke tahap yang lebih serius.

“Empat bulan mengenali wanita itu adalah waktu yang indah buat kami berdua. Bagi saya, waktu memang pendek tetapi itu bukan penghalang buat kami,” jelasnya.

Charlie juga baru-baru ini dilihat bermain bola sepak bersama dengan anak-anak Britney sekali gus memperlihatkan sisi kebapaan lelaki itu.

Namun, sehingga kini, pasangan itu belum lagi menyatakan sebarang maklumat terkini tentang perkahwinan mereka.

Bermula daripada sebuah hubungan yang disembunyikan daripada peminat dan juga 
media, pasangan Miley Cyrus dan Patrick Schwarzenegger kini dilihat tidak selindungkan lagi hubungan mereka. 

Malah, mereka dilihat begitu intim dan mesra setiap kali ke majlis rasmi. Hubungan mereka yang kini memasuki bulan kelima turut mendapat lampu hijau daripada kakak Patrick, Katherine Schwarzenegger.

Melalui sebuah wawancara bersama dengan portal hiburan Extra, Katherine memberitahu bahawa Miley dan Patrick adalah pasangan yang sangart serasi.

“Saya akan merasa bahagia bila melihat dia bahagia dan itulah yang paling penting sebenarnya.
“Jika dia bersama seseorang yang mampu buatnya bahagia, saya akan berasa senang dan membenarkan hubungan mereka,” jelasnya.

Menurut sumber terdekat Patrick, ibu jejaka itu, Maria Shiver yang dahulunya tidak begitu menyukai Miley juga kini sudah mula membuka hati dan membenarkan hubungan mereka berdua.

Malah, ketiga-tiganya dilihat sempat menikmati makan malam baru-baru ini di sebuah restoran di kawasan Beverly Hills.


Paul Walker