SYDNEY 21 Jan. – Pihak imigresen Australia telah menahan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang dikenakan perin...

7:31 AM by Unknown

SYDNEY 21 Jan. – Pihak imigresen Australia telah menahan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang dikenakan perintah ekstradisi bagi menjalani hukuman mati kerana membunuh model, Altantuya Shaariibuu.

Menurut laporan portal berita ABC, Sirul Azhar, 43, ditahan di Queensland dan kini berada dalam pusat tahanan di Brisbane selepas Interpol mengeluarkan notis merah berhubung kes itu.

Ekoran penahannya di Australia, bekas polis elit Sirul Azhar Umar perlu menjalani proses mahkamah sebelum keputusan dibuat berkaitan kemungkinan ekstradisinya ke Malaysia.

Peguam Diraja Mark Trowell berkata undang-undang Australia menetapkan bahawa Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk waran tangkap.

Waran itu, kata Trowell (bawah), hanya akan diberikan jika majistret di Australia berpuas hati untuk menghantar pulang pihak itu.

“Jika seseorang itu didapati layak untuk diserahkan maka AG (peguam negara) perlu memutuskan sama ada ia harus diserahkan.

“Ia menjadikan kenapa isu hukuman mati itu relevan,” katanya.

Perjanjian ekstadisi antara Malaya dan Australia tidak sah terhadap kes Sirul kerana negara itu tidak mengiktiraf hukuman mati.

Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri minggu lalu dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh warganegara wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kes itu berjalan tanpa kehadiran Sirul di mahkamah sebelum ini.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mempertimbangkan memohon supaya Sirul dihantar pulang. Bagaimanapun peguam Sirul juga bercadang mencabarnya di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum bertindak lanjut.

| Sumber 1 | Sumber 2 |