Tahukah anda ada beberapa lagi produk yang kamu tidak patut kongsi langsung. Kalau rapat sekalipun jangan kongsi beberapa produk kecantik...

1:33 PM by Unknown

Tahukah anda ada beberapa lagi produk yang kamu tidak patut kongsi langsung. Kalau rapat sekalipun jangan kongsi beberapa produk kecantikan ini dengan rakan anda. Say No! Better to stay clean and healthy!

Produk Solekan Mata

1. Senario Kes Terburuk : Konjunktivitis

2. Mengapa? Membran mukus lembap mata kamu  seperti pintu masuk VIP untuk bakteria. Ia tidak mempunyai lapisan perlindungan yang sama dengan kulit, membuatkan penghantaran mudah untuk jangkitan seperti penyakit mata menular dan berjangkit.

Pisau Cukur

1. Senario Kes Terburuk : Staph atau darah mengandungi virus (seperti HIV)

2. Mengapa? Pisau cukur boleh menarik darah atau cecair, yang meninggalkan bakteria pada mata pisau selepas membilas. Luka kecil atau melecet, malah, boleh mendedahkan kamu kepada jangkitan Staph, hepatitis, dan juga kemungkinan HIV.

Berus Makeup

1. Senario Kes Terburuk: Jangkitan kulit

2. Mengapa? Bakteria suka sembunyikan diri di berus solek. Ianya seringkali lembap dek kerana produk (seperti foundation) atau alam sekitar (seperti bilik mandi lembap). Meminjam berus seseorang bagaikan kamu debu kuman mereka pada muka kamu dan mencemarkan produk kamu pula!

Krim muka/foundation

1. Senario Kes Terburuk: Jangkitan kulit

2. Mengapa? Ingat bahawa setiap kali kamu berkongsi krim muka atau foundation, bakteria pada permukaan produk turut serta ke dalam formula dan incubate (bakteria suka persekitaran yang gelap, lembap). Untuk mengurangkan kemungkinan ini, guna saja produk sendiri dan sentiasa pastikan jari jemari kamu bersih.

Berus Pembersih Muka

1. Senario Kes Terburuk: Jangkitan kulit

2. Mengapa? Selepas pembersihan, bulu pada berus dipenuhi sel-sel kulit mati dan sebum, yang mengalakkan pembentukan bakteria. Kamu boleh berkongsi satu unit, tetapi dengan menggunakan berus kepala kamu sendiri (jangan lupa bersihkannya selepas setiap kali digunakan) dan menggantikannya selepas tiga bulan.

Gincu Bibir

1. Senario Kes Terburuk: Selsema dan cold sore

2. Mengapa? Mulut, ia terdedah kepada jangkitan seperti jenis virus herpes simplex 1 (check that cold sore) dan juga selsema.

Sumber : Majalah Cosmopolitan / wanista.com