Dell pada CES 2015 yang lepas telah mengemaskini penawaran komputer riba memfokuskan kepada gaming daripada mereka, dinamakan sebagai Al...

11:13 AM by Unknown

Dell pada CES 2015 yang lepas telah mengemaskini penawaran komputer riba memfokuskan kepada gaming daripada mereka, dinamakan sebagai Alienware.

Terkini, selang sebulan, komputer riba Alienware 15 dan juga Alienware 17 yang baru kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Alienware 15 dan juga Alienware 17, masing-masing hadir dengan cip pemprosesan Intel Core terkini, dan juga kad grafik NVIDIA GTX 970M.

Menurut pihak Dell, dari segi rekabentuk, Alienware 15 dan juga Alienware 17 hadir dengan rekaan lebih 20% nipis berbanding versi sebelumnya, disamping pada masa yang sama membawakan kuasa pemprosesan tinggi untuk tujuan gaming.
Disamping itu, pengguna yang menggunakan di rumah, turut boleh menghubungkan peranti tersebut kepada Alienware Graphics Amplifier dalam mendapatkan kuasa tambahan untuk gaming.

Kedua-dua Alienware 15 dan juga Alienware 17 ini boleh dipesan melalui laman rasmi Dell, dan pihak Dell Malaysia mengatakan mereka bakal menawarkannya melalui kedai pengedar Dell bermula bulan Mac hadapan. Alienware 15 ditawarkan pada harga bermula RM4999, sementara Alienware 17 pula ditawarkan pada harga bermula RM6299.

Alienware Graphics Amplifier yang telah diperkenalkan sejak bulan NOvember lepas ditawarkan pada harga bermula RM1099.

| Sumber http://amanz.my |