Penyampai radio dan pengacara, Fara Fauzana, 35, berdoa dan berusaha untuk menamatkan zaman bujangnya. Dia sememangnya percaya segala yang berlaku adalah perancangan dari Allah.
“Di usia saya 35 tahun ini, saya selalu berfikir bahawa soal jodoh adalah perancangan dari Allah. Kalau saya ditakdirkan untuk tidak bersama lelaki dan saya hanyalah untuk menjaga kedua ibu bapa sampai bila-bila, i’m ok with it.

“Soal jodoh ini saya hanya berserah kepada Allah dan sangat berharap perkara itu akan menjadi suatu hari nanti, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada rakaman Muzik Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas, semalam.
Tambah Fara lagi, keluarganya tidak pernah mendesak bertanyakan mengenai bila dia ingin menamatkan zaman bujang.
Terkini Fara baru sahaja diumumkan sebagai pengacara baru Muzik Muzik 30 menggantikan Scha Al-Yahya.
“Inilah peluang saya untuk mencuba sesuatu yang baru dan saya pula sangat suka mencuba sesuatu yang baru. Saya inginkan kepelbagaian dalam bidang pengacaraan,” kata Fara.
| Mangga Online |