QUEBEC - KANADA. Hanya kerana dia seorang Muslim, seorang pengurus jualan telekom ditahan pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara ak...

10:35 AM by Unknown

QUEBEC - KANADA. Hanya kerana dia seorang Muslim, seorang pengurus jualan telekom ditahan pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara akibat salah faham daripada sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangannya.

Menerusi laporan yang dipetik dari Metro.co.uk, Ketua pusat jualan Quebec, Saad Allami, 41, ditahan selepas dia menghantar SMS kepada kakitangannya untuk memberi dorongan kepada mereka supaya berusaha menjayakan satu pertandingan yang diadakan di sebuah pameran.

Menurut polis, kandungan SMS Allami yang bertulis ‘Blow up the competition’ (Jayakan pertandingan itu) menyebabkan dia ditahan oleh pihak berkuasa.

“Penggunaan perkataan ‘Blow’ menyebabkan kakitangannya salah faham terhadap mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh beliau.

Mereka (kakitangan) fikir dia akan letupkan pameran itu.

Kandungan SMS itu menyebabkan polis menyerbu kediamannya dan menahan beliau.

Isterinya juga turut dimaklumkan bahawa Allami merupakan seorang pengganas.

Dalam pada itu, Allami berkata, dia terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih dari tiga jam sementara polis menggeledah kediamannya.

Katanya, beliau ditahan tiga jam selepas menghantar mesej, manakala sepasukan pegawai polis menjalankan carian di rumah beliau.

Menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan sebarang organisasi pengganas, Allami kini memfailkan saman terhadap pasukan polis Quebec sehingga £65,000.