Nak mengelakkan rasa mengantuk anda dapatkan secawan kopi, kalau boleh biar pekat asalkan anda langsung tidak rasa mengantuk. Itu perkara biasa. Tapi percayakah anda jikalau penulis katakan minum kopi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk kulit kita? Musykil bukan?
Sebuah kajian membuktikan kalau minum kopi dapat membantu anda terhindar daripada kanser kulit. Melalui kajian yang menyebut bahawa mereka yang meminum empat cawan kopi atau lebih setiap hari mempunyai 20% kemungkinan lebih kecil diserang kanser kulit, berbanding mereka yang tidak minum kopi.
Hal ini disebabkan kerana kopi mengandung beberapa zat (salah satunya adalah kafein) yang mampu menangkis tumbuhnya sel kanser melalui beberapa cara. Di antaranya adalah:
1. Menekan sel-sel di dalam tubuh kita yang berpotensi menjadi kanser apabila terdedah kepada cahaya matahari. Zat ini juga mampu mengurangkan keradangan, menangkis tekanan oksidatif (keadaan di mana tubuh terlalu banyak terkena radikal bebas), dan mencegah kerosakan DNA.
2. Kalau kamu termasuk pekerja yang aktif di bawah sinar matahari, zat-zat dalam kopi pun mampu menjadi‘sunscreen’ untuk kulit kamu.
3. Zat ajaib yang terkandung di kopi boleh mengurangkan karsinogen (bahan yang menyebabkan penyakit kanser) dalam tubuh.
Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk tetap seimbangkan tubuhmu dengan minum air mineral juga ya.
| Wanista.com |