Rekod dunia untuk karya seni yang paling mahal yang pernah dijual telah dipecahkan oleh sebuah lukisan abad ke-19 oleh Paul Gauguin den...

3:56 PM by Unknown

Rekod dunia untuk karya seni yang paling mahal yang pernah dijual telah dipecahkan oleh sebuah lukisan abad ke-19 oleh Paul Gauguin dengan harga mencecah RM813 juta ($ 300 juta) ketika lelongan baru-baru ini.
‘Nafea FAA ipoipo’ (Bilakah anda akan berkahwin?) adalah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1892 dengan lakaran dua wanita Tahiti.
Pelukisnya Paul Gauguin, telah mendapat ilham untuk menghasilkan lukisan ini selepas menghabiskan masa di pulau tropika pada abad ke-19, lapor portal Metro.co.
Bekas pemilik lukisan ini, Rudolf Staechelin, dari Basel, Switzerland telah mengesahkan penjualan lukisan ini.
Bagaimapun, Staechelin enggan mendedahkan identiti pembeli tetapi ada lopran yang mengatakan lukisan tersebut dibeli oleh jutawan minyak dari Qatar.
Jika laporan penjualan ini adalah tepat, ia akan memecahkan rekod lukisan termahal yang pernah dijual sebelum ini, dengan nilai mencecah RM702 juta pada tahun 2011.

Dari therakyatpost.com | Sumber: Metro.co.