Sekeping foto guru sementara yang bertugas di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur kini menjadi viral apabila salah seorang bapa kepada m...

7:13 PM by Unknown

Sekeping foto guru sementara yang bertugas di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur kini menjadi viral apabila salah seorang bapa kepada muridnya bertindak menulis sepucuk surat untuk berkenalan dengannya.

Foto yang dicantumkan dengan surat itu hangat diperkatakan oleh warga siber sejak beberapa hari lalu.

Malah, ia turut mendapat reaksi pengguna siber khususnya Facebook yang menganggap tindakan itu sesuatu yang melucukan.

Menurut kenyataan dalam surat itu, bapa murid berkenaan meluahkan perasaannya terhadap guru Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Puteri Aishah Sulaiman, 21.

“Ikhlas cikgu, saya amat sukakan cikgu. Setiap hari cikgu melangkah ke sekolah dengan penuh gaya yang mempersonakan saya.

“Setiap kali saya menghantar anak ke sekolah, rasanya tidak mahu lagi saya berganjak selagi tidak bertemu kelibat cikgu..salam perkenalan,” tulis isi kandungan surat berkenaan.

Namun status bapa yang berkenan dengan Puteri Aishah tidak diketahui.

Menerusi perkongsian pengguna siber, Puteri merupakan salah seorang finalis Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 anjuran Karangkraf dan aktif di laman Instagram.