Pernah terbayang pusat karaoke yang halal dan mesra Islam, jika di Malaysia mungkin ada tetapi di negara luar, itu agak susah untuk diperc...

2:20 PM by Unknown
Pernah terbayang pusat karaoke yang halal dan mesra Islam, jika di Malaysia mungkin ada tetapi di negara luar, itu agak susah untuk dipercayai.

Tahukah anda, di Jepun, terdapat pusat karaoke pertama yang disahkan halal dan mesra Islam di Jepun, Manekineko telah dibuka di pusat bandar Tokyo akhir tahun lalu.

Perniagaan ini menawarkan makanan, minuman dan perkhidmatan Halal selaras dengan kehendak pelanggan beragama Islam. Mereka turut memperoleh sijil Halal bagi meyakinkan lagi para pelanggan bahawa produk mesra Islam mereka adalah sahih.

Lebih menarik, sijil Halal Manekineko mendapat pengesahan dari Perbadanan Halal Malaysia. Ini bermakna mereka juga menyajikan makanan tidak Halal dan alkohol, tetapi bahan-bahan, dapur dan peralatan untuk menu Halal dipisahkan sepenuhnya.

Pusat karaoke ini turut menyediakan kemudahan surau yang sangat selesa untuk umat Islam menunaikan solat, manakala tanda kiblatnya turut ditulis dalam Bahasa Melayu.

Penulis sendiri teruja dengan pusat karaoke ini. Jika anda datang ke sana, jangan lupa singgah pusat karaoke ini okay.

| Sumber Wanista |