Trend kecantikan / solekan sering berubah-ubah setiap musim, dan seringkali wanita mudah terpengaruh dan mengikut mengaplikasikannya pada s...

6:12 PM by Unknown
Trend kecantikan / solekan sering berubah-ubah setiap musim, dan seringkali wanita mudah terpengaruh dan mengikut mengaplikasikannya pada solekan harian. Padahal, ada sesetengah trend yang hanya sesuai dikenakan pada runway sahaja. Ada juga wanita yang malas menitikberatkan soal solekan, gaya rambut dan sebagainya.
Supaya semua wanita boleh tampil lebih anggun maksima, ada baiknya kita tahu kesalahan apa yang sering kita lakukan dalam solekan dan penggayaan rambut.

1. Dandanan Terlalu Tebal1
Foundation, checked! Concealer, checked! Bedak, checked! Shading, checked! Kalau tidak mahu kelihatan dengan solekan super tebal dan terlalu putih, kurangkan pemakaian base makeup. Pilih salah satu: foundation atau concealer?
2. Kening Tidak Seimbang2
Kening yang rapi dapat mengubah struktur wajah, manakala kening yang tidak rapi akan merosakkan struktur wajah yang cantik. Hakikatnya, membentuk kening adalah hal yang cukup sulit jika dibanding dengan merias bahagian wajah yang lain, namun itu bukan alasan untuk membiarkan kening tidak dirapikan dengan baik.
3. Solekan Mata Terlalu Smoky3
Salah satu gaya riasan mata kegemaran setiap wanita adalah smoky eyes. Tetapi, kadang-kadang smoky eyes boleh membuatkan anda kelihatan seperti ‘gothic’ akibat solekan warna hitam yang terlalu tebal pada kelopak mata dan bawah mata. Sebaiknya, lakukan solekan hitam yang tipis pada bahagian mata ataupun gantikan dengan warna seperti coklat.
4. Kulit Muka Berkilat4
Tidak salah jika anda inginkan kulit yang glowing. Tetapi, hindari daripada terlalu banyak memakai shimmer di daerah T yang membuatkan wajah kelihatan seperti berminyak.
5. Bobbi Pin yang Terlalu Banyak5
Hair kit yang satu ini memang sangat membantu rambut agar menjadi lebih kemas. Namun, jangan memakai bobbi pin yang terlalu banyak. Gunakan juga bobbi pin yang warnanya senada dengan warna rambut.
6. Eye Liner Comot6
Jangan malas untuk merapikan eye liner sekiranya anda lihat ia menjadi comot. Selalulah bawa beberapa cotton bud di dalam beg tangan atau beg solekan anda sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apabila keluar dari rumah,eye liner mula kelihatan comot.
7. Lapisan Rambut Tidak Kemas7
Potongan ataupun lapaisan rambut tidak kemas biasa terjadi pada potongan rambut sebahu. Bahagian bawah rambut jadi terkeluar-keluar dan tidak rapi. Oleh itu, jauhi model shaggy saat hendak memotong rambut jadi sebahu.
8. Warna Rambut Tidak Elok8
Warna rambut asli akan mula kelihatan pada bahagian akar  setelah tiga bulan pertama proses pewarnaan rambut. Ulangi proses pewarnaan secara berkala, namun jangan lupa untuk rajin melakukan rawatan rambut supaya rambut kekal sihat.
Sumber: fimela.com / wanista.com