Bukit Mertajam: Seorang pemilik kedai makan berdepan detik menggerunkan apabila gerai makanan miliknya di Taman IKS Bukit Minyak di sini, b...

2:22 PM by Unknown
Bukit Mertajam: Seorang pemilik kedai makan berdepan detik menggerunkan apabila gerai makanan miliknya di Taman IKS Bukit Minyak di sini, bergegar sebelum bahagian depan premis itu roboh selepas dirempuh kereta dipandu pelanggan tetapnya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, Sharifah Ismail, 50, baru saja sampai ke gerai itu yang terletak di belakang rumah keluarganya untuk memulakan perniagaan dan memanaskan air.

Dia berkata, ketika itu dua lagi individu lain yang juga pembekal kuih sedang menyusun makanan masing-masing untuk dijual selepas premis berkenaan dibuka pada jam 6.30 pagi.

“Ketika itu saya menyalakan api dapur gas untuk memanaskan air dan secara tiba-tiba, gerai saya bergegar, manakala bekalan elektrik terputus. Dalam keadaan cemas, saya bersama dua pembekal kuih itu berlari keluar melalui pintu belakang gerai.

“Kami sangkakan ia disebabkan gempa bumi, malah bunyi dentuman akibat rempuhan berkenaan amat menakutkan dan boleh didengar hingga ke kawasan kejiranan tempat saya tinggal,” katanya.

- hmetro.com.my | Oleh Salman Hamat | salman@hmetro.com.my

foto hmetro