SINGAPURA 23 Mac - Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia hari ini pada pukul 3.18 pagi di Hospital Besar Singapu...

10:07 AM by Unknown
SINGAPURA 23 Mac - Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia hari ini pada pukul 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau berusia 91 tahun.

Menurut PMO, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, anak mendiang Kuan Yew amat berdukacita.

Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang teruk.
Upacara pengebumian negara akan diadakan pada pukul 2 petang, 29 Mac (Ahad) di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Singapura.

Upacara itu akan dihadiri anggota keluarga mendiang Kuan Yew, rakan-rakan dan kakitangan, presiden, menteri kabinet, anggota Parlimen, barisan kepimpinan lama, kakitangan kanan kerajaan dan para pemimpin masyarakat.

Upacara itu akan diikuti dengan pembakaran mayat di tempat pembakaran Mandai. 

- Bernama/ Utusan Online