Ajal maut setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kita hanya merancang tetapi Allah SWT jua lah yang menentukan segala-galanya. ...

1:55 PM by Unknown

Ajal maut setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kita hanya merancang tetapi Allah SWT jua lah yang menentukan segala-galanya.

Kisah seorang lelaki yang sempat menulis sekeping nota mengenai perancangan hidupnya untuk tahun 2015 menemui ajalnya apabila dia meninggal dunia dalam satu kemalngan maut di Jalan Hutan Perca-Tampin pada awal pagi semalam.

Gambar nota yang dikirimkan kepada seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp itu tertulis 6 senarai termasuklah "Bersiap sedia untuk mati..."

Nota yang ditulis oleh Mohd Firdaus Jamaluddin, 23, itu dikirim melalui WhatsApp yang menunjukkan Allahyarham berhasrat mahu menyenangkan ibu bapanya, memiliki kereta dan rumah sendiri, kahwin dengan perempuan dari negara Turki, menjadi kapten kapal dan bersyukur dengan nikmatNya.

Firdaus yang juga seorang kelasi kapal dikatakan sedang bercuti telah menumpang lori muatan arang batu yang dipandu oleh rakannya, Mohd Faizal Musan, 23, tersepit di tempat duduk penumpang setelah kenderaan itu hilang kawalan dan berlanggar dengan sebuah lori sebelum terbabas pada kejadian jam 1.45 pagi itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa baru dua hari bercuti keluar dari rumah jam 10 malam dengan rkaannya, Faizal, sebelum minum bersama S Ramesh, 38, di gerai makan pekan Alor Gajah.

Difahamkan, kedua-dua lori terbabit dalam perjalanan dari Bukit Bulat ke Gemencheh yang membawa muatan arang batu dari kilang di sekitar Bahau sebelum terbabit dalam kemalangan.

| Sumber: TheHypeMedia.Com