PADA masa ini, internet bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Malahan telah menjadi keperluan penting dalam membantu urusan harian seperti urusan perbankan, e-mel, carian maklumat, peta lokasi, jual beli online dan sebagainya. Ciri-ciri internet yang mudah digunakan dan kebolehan maklumat disampaikan dalam pelbagai bentuk atau lebih dikenali sebagai multimedia, telah melangkaui batasan usia.
Tidak kira sama ada orang dewasa, warga tua, remaja malahan anak-anak kecil sudah didedahkan dengan internet. Tambahan pula, perkakasan dan juga perisian yang berkaitan dengan internet dengan mudah boleh diperoleh.
Namun, apa yang menjadi kegusaran sejak kebelakangan ini adalah ketagihan internet dalam kalangan remaja yang sering mendapat perhatian dalam media atau di platform perbahasan yang lain. Hasil perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini yang pada dasarnya memberikan pelbagai kebaikan telah mula menampakkan kesan negatif sosial dalam kalangan rakyat, terutamanya remaja. Hakikatnya internet adalah teknologi yang tidak boleh dibendung, penggunaan secara bijak dan bertanggungjawab adalah cara terbaik menangani implikasi negatif yang wujud.
Di Malaysia, penggunaaninternet dilihat telah begitu meluas hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi merapatkan jurang digital di semua peringkat. Berdasarkan kepada data yang diperoleh oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kadar penembusan jalur lebar pada tahun 2009 adalah 31.7 peratus dan telah meningkat sebanyak 36.1 peratus kepada 67.7 peratus pada suku ketiga, 2014. Ini adalah peningkatan yang amat signifikan dalam tempoh lima tahun.
Perkembangan pesat penggunaaninternet dalam kehidupan masyarakat sememangnya banyak memberikan kemudahan dalam urusan seharian, seperti urusan perbankan, pencarian maklumat, pendaftaran dalam talian, urusan jual beli, komunikasi e-mel, dan sebagainya.
Namun, impak negatif berkaitaninternet juga tidak dinafikan sering diperbincangkan di media massa dan juga platform perbincangan yang lain seperti lalai dengan media sosial, permainan video online, perjudian, menonton video lucah dan sebagainya. Kesan ketagihaninternet dalam kalangan remaja ini jika tidak dibendung akan memberikan impak yang besar seperti pembaziran masa, kerosakan akhlak dan moral, impak negatif terhadap kesihatan mental, ponteng sekolah, penurunan minat untuk belajar, pengabaian nilai-nilai kekeluargaan, kemurungan dan sebagainya.
Berdasarkan data yang diperoleh oleh SKMM daripada kajian-kajian oleh pelbagai universiti, ketagihan kepada penggunaan media sosial juga boleh memudaratkan kesihatan mental remaja. Hasil kajian mendapati 60 peratus responden mengalami kebimbangan, 31.7 peratus mengalami kemurungan dan 20 peratus mengalami stres. Daripada keseluruhan responden juga, sejumlah 59.2 peratus didapati menampakkan tabiat ketagihan tidak sihat terhadap media sosial. Jelas, ketagihaninternet dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan pendekatan holistik perlu dilaksanakan oleh semua pihak.
Penyalahgunaan internet juga dapat dibuktikan dengan peningkatan aduan berkenaan kandungan media sosial yang diterima oleh SKMM. Sejumlah 2,536 aduan telah diterima berbanding hanya 437 aduan pada tahun 2009. Aduan-aduan yang diterima adalah seperti fitnah, penyebaran maklumat peribadi, kebencian dan akaun palsu. Peningkatan aduan seperti ini sememangnya akan meningkatkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan juga pihak berkuasa sekiranya gejala ketagihan internet ini tidak ditangani dengan serius.
Difahamkan SKMM telah melaksanakan beberapa inisiatif ke arah pembentukan warganegara digital yang sejahtera, terutamanya dalam kalangan remaja. Warganegara digital telah ditakrifkan oleh UNICEF sebagai pembangunan budaya bertanggungjawab dalam talian, membangunkan keupayaan kanak-kanak dan remaja untuk menilai, meneroka dan membangunkan pelbagai jenis kandungan dan perkhidmatan media, di dalam sistem pemilihan, kawalan dan perlindungan.
Inisiatif warganegara digital yang diketengahkan oleh SKMM merangkumi pelbagai program seperti Celik Media, Perlindungan dan Pemulihan, Capaian Perkhidmatan, Budaya Positif Berdasarkan Rukun Negara serta Penglibatan dan Sumbangan. Selain itu, strategi yang dilaksanakan oleh SKMM adalah seperti Pembangunan Modul Pembelajaran, Kempen Kesedaran, Kerjasama Bersama Rakan Kongsi, dan juga Kajian Akademik.
Telah tiba masanya sebuah Jawatankuasa Perunding Pemerkasaan Media Digital ditubuhkan untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
a) Menambah baik modul pembelajaran Teknologi Maklumat di sekolah sekolah atas landasan yang betul.
b) Mewujudkan Garis panduan Program Intervensi ketagihan internet.
c) Mengawal selia perlaksanaan Modul Klik Dengan Bijak.
d) Mendapatkan sokongan daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berkaitan.
e) Menanda aras dan meluaskan inisiatif dalam menangani isu-isu berkaitan internet.
f) Mengkaji bagi keperluan menyediakan Talian Bantuan untuk memberikan khidmat nasihat.
g) Melaksanakan kajian mengenai isu ketagihan, masalah sosial serta penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, dan strategi yang bersesuaian.
h) Melaksanakan pemerkasaan dan penglibatan rakyat secara positif.
Sememangnya isu berkaitan ketagihan internet dalam kalangan remaja bukanlah suatu perkara yang baharu. Namun, dalam usaha pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat umum untuk mengatasinya masih terdapat ruang-ruang untuk penambahbaikan. Suatu pendekatan yang holistik mesti diwujudkan agar isu ini dapat dibendung ke suatu tahap yang dapat dikawal. Program dan inisiatif jangka pendek dan panjang perlu dirangka agar usaha yang diambil akan mencakupi semua faktor.
Pendekatan bersepadu pelbagai agensi yang berkaitan perlu dipertingkatkan. Pendidikan formal di sekolah-sekolah amat perlu agar dapat melengkapkan generasi muda yang celik media apabila berada di alam siber. Program membudayakan penggunaaninternet secara positif dan tidak mengabaikan tatasusila perlu diadakan secara berterusan.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah seorang aktivis masyarakat.
- Utusan Online - Oleh LEE LAM THYE