SEPERTI satu kejutan apabila pelakon ini bersetuju untuk mengadakan sesi fotografi setelah sekian lama dipinta. Seingat kami, Ana Dahlia, 32, sebelum ini memang sukar untuk di jejaki. Dia tidak hadir pada mana-mana acara hiburan, malah telefon juga jarang dijawab, membuatkan Ana sukar untuk ditemui.
Tempoh yang dikatakan dia agak senang tidak menerima apa-apa publisiti adalah sejak awal Julai tahun lalu. Kami tertanya-tanya juga apa yang menyebabkan pelakon dengan perwatakan lemah lembut ini mengelak untuk bertemu media.
Dalam pada masa yang sama macam-macam kisah timbul, kononnya dia sudah bertunang dan bakal berkahwin.
Malah memilih untuk berhijab juga dikaitkan dengan kisah pelakon ini bakal menamatkan karier lakonannya untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
Akhirnya di pertemuan ini, Ana berkongsi apa yang bermain di fikiran peminat.
Kata Ana, tiada insan lain yang terlibat dengan sebarang keputusan hidupnya setakat ini. Bersedia menjawab semua persoalan dengan jujur, Ana percaya sudah sampai masa dia meleraikan segala persoalan yang membelenggu bukan sahaja orang di sekelilingnya tetapi dirinya sendiri.
- Ikuti kisah selanjutnya di Utusan Online