Menjadi seorang pelakon berhijab sememangnya sukar kerana banyak faktor yang perlu dilihat sebelum seseorang itu menerima sesuatu watak yang diberikan.
Mia Ahmad, 27, salah seorang pelakon baharu yang mempunyai imej berhijab mengakui setiap watak dan adegan yang dilakonkan mestilah tidak melampaui batas.
Menurut wanita ini, sebelum menerima sesuatu watak, dia akan meneliti dahulu ciri-ciri watak itu.
“Walaupun masih baharu dalam dunia lakonan, ada tawaran yang saya tolak berikutan watak yang dirasakan tidak sesuai untuk saya lakonkan.
“Jika sudah terima sekalipun, saya tetap akan berbincang dengan pengarah jika ada adegan yang menyentuh sensitiviti wanita berhijab,” jelasnya.
Ditanya sama ada tuntutannya sebagai wanita berhijab mengganggu tawaran lakonannya, wanita ini merasakan perkara itu tidak berasas sama sekali.
“Ketika saya masuk dalam industri seni, kehadiran saya tidak berhijab, tetapi selepas saya berhijab, rezeki saya dalam dunia lakonan makin bertambah,” jelas wanita ini.
Tambah wanita yang berasal dari Taiping, Perak ini, mula bertudung pada bulan Jun tahun lalu.
“Saya sebenarnya sudah lama menyimpan niat untuk bertudung tetapi biasalah, bila kita nak melakukan perkara baik, banyak hasutannya,” ujar anak ke empat daripada lima beradik ini.
Bagi Mia, dia tidak merasakan bahawa menjadi seorang pelakon yang bertudung akan menyekatnya daripada mempelbagaikan watak lakonannya.
“Jika saya bertudung, tidak semestinya watak saya akan terhad. Kalau saya hendak bawa watak jahat sekalipun masih boleh,” jelasnya.
Masih baru dalam dunia lakonan tetapi sudah menggalas teraju utama dalam drama dan bagi Mia itu semua merupakan cabaran buat dirinya.
“Saya tidak pernah mengimpikan untuk bergelar seorang pelakon, apatah lagi menjadi teraju utama dalam masa yang singkat.
“Tetapi saya menganggap perkara itu sebagai satu cabaran buat saya untuk lakukan yang terbaik bagi kepuasan diri saya sendiri,” jelasnya.
Mia kini sedang menjalani penggambaran drama Hati Perempuan selama tiga bulan dan akan berehat seketika selepas itu.
“Mungkin selepas drama Hati Perempuan selesai, saya akan ambil masa untuk berehat dan pulang ke kampung halaman sebelum kembali aktif,” jelas wanita yang pernah bertugas sebagai pramugari ini. - Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB
- Utusan Online | Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI