Tahniah kepada penyanyi yang popular dengan lagu “Awak Kat Mana”, Taufik Batisah dan pasangannya Sheena Akbal kini telah selamat bergelar suami isteri. Mereka telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja.
Sebelum ini Taufik hanya memperkenalkan pasangannya melalui laman sosial saja, tapi peminat menerima dengan positif. Dengan siapa pun pilihan Taufik, pasti peminat akan sentiasa menyokong kerjaya Taufik.
Walaupun sebelum ini , anak kelahiran dari Singapura itu pernah digosipkan dengan Nur Fazura namun penyanyi ini tidak cepat melatah dan menanganinya dengan bijak.
Kami ucapkan semoga Taufik dan pasangan sentiasa hidup bahagia hingga keakhir hayat.
- Sumber foto dari rotikaya




