CHINA, 14 April :Kemenangan pemandu Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di Grand Prix China baru-baru ini semestinya mengembirakan, tetapi ti...

1:19 PM by Unknown

CHINA, 14 April :Kemenangan pemandu Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di Grand Prix China baru-baru ini semestinya mengembirakan, tetapi tingkah lakunya di podium mengundang kritikan ramai pihak.

Menurut portal Mirror.uk, pemandu Britain itu telah menyembur Champagne, seperti perkara biasa yang dilakukan bagi meraikan kemenangan di Grand Prix, tetapi menghalakan botol tersebut ke arah pengiring wanita yang jelas tidak bersedia untuk tindakan tersebut.

Pengiring wanita itu dilihat pada reaksi muka dan tubuhnyanya nyata tidak gembira dengan tindakan tersebut meskipun Hamilton kelihatan puas ketika meraikan kemenangan kedua daripada tiga perlumbaan pembukaan musim ini.

Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan diikuti rakan sepasukan daripada Mercedes, Nico Rosberg.

Ini bukan kali pertama Hamilton dikesan menyembur Champagne pada pengiring wanita, sebaliknya dia turut melakukan tindakan yang sama selepas Grand Prix Sepanyol tahun lalu.

Dia dikritik oleh organiasasi yang dalam kempen media terhadap gangguan seksual terhadap wanita.

Ketua eksekutif organisasi tersebut, Roz Hardie berkata, “Gambar yang dirakamkan menunjukan bahawa wanita tersebut bukan sahaja disimbah, malah Champagne itu dihalakan tepat ke mukanya, yang memperlihatkan perlakuan tidak selesa di atas tindakan itu.

“Jadi, kami merasakan Lewis Hamilton harus memohon maaf atas perbuatannya dan berfikir dengan teliti berkaitan kelakuannya pada masa akan datang.

“Ia pasti sesuatu yang sukar untuk wanita itu berdiri di aras podium, dan dia (Hamilton) dengan jelas telah menyalah gunakan kedudukannya,” katanya.

- Lagi Info di therakyatpost