BRUSSELS, 14 April :Penggodam melancarkan serangan terhadap dua kumpulan media Belgium, Rossel dan IPM, dengan menyasarkan laman web akhba...

1:14 PM by Unknown

BRUSSELS, 14 April :Penggodam melancarkan serangan terhadap dua kumpulan media Belgium, Rossel dan IPM, dengan menyasarkan laman web akhbar di Belgium dan Perancis.

Kumpulan Rossel telah menjadi sasaran bermula Ahad, untuk serangan siber utama yang menyekat akses untuk beberapa jam ke laman web harian Belgian daily Le Soir dan akhbar nasional Perancis, La Voix du Nord.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada polis pada Isnin.

“Ramai orang cuba (melayari) sekali lagi hari ini, tetapi serangan tersebut serius dan sukar dipatahkan,” kata Pengarah Urusan Rossel, Bernard Marchant kepada AFP.

Akhbar-akhbar Perancis L’Union de Reims dan L’Ardennais terpaksa menutup laman web mereka untuk sekurang-kurangnya setengah jam.

Beliau berkata Le soir dan La voix du Nord juga telah disasarkan tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Akhbar harian Belgium mengumumkan pada akaun Twitter mereka, “Le soir menjadi mangsa serangan siber baru pada petang Isnin, akses ke laman web berkenaan tidak stabil dan kami sedang mengusahakannya..”
Laman web keempat-empat akhbar tersebut telah kembali pulih selepas 2100 GMT.

Sementara itu, laman web dua akhbar harian berbahasa Belgium yang dimiliki oleh kumpulan IPM, La Libre Belgique dan La Dernière Heure, juga disasarkan oleh penggodam, kata mereka.

“Ia kelihatan sama seperti serangan terhadap Rossel,” kata Ketua Editor La Derniere Heure, Ralph Vankrinkelveldt kepada agensi berita Belgium.

Kedua-dua laman web masih tidak boleh diakses selepas 2100 GMT.

Dalam serangan siber terhadap laman web kerajaan Belgium, Wallonian, penggodam dikenal pasti sebagai ‘Pasukan Fallaga’ dari Tunisia yang menjalankan video yang diikuti oleh mesej, “Angkat kepala anda keluar dari pasir, berjuang menentang pemimpin anda, sertai halangan.”

- Lagi info di therakyatpost